Belajar Menjahit T-shirt!

Mari Belajar Menjahit T-shirt!











Selepas tamat kursus, peserta akan dapat :-







1. Mengenal jenis-jenis kain t-shirt



2. Mengetahui cara-cara pemotongan t-shirt.



3. Mengetahui pembuatan pola t-shirt.



4. Mengetahui jenis-jenis mesin jahit t-shirt.



5. Membawa pulang pola-pola saiz t-shirt



6. Mengetahui menjahit T-shirt



7. Membawa pulang t-shirt hasil jahitan sendiri



8. Membawa pulang Sijil Penyertaan.











Info untuk bakal-bakal peserta yang kurang faham :-



Kelas diadakan setiap hari Ahad atau Sabtu. Peserta boleh memilih hari Sabtu atau Ahad. Peserta digalakkan bertanya dahulu untuk memilih hari.







Kelas berjalan setiap hari Sabtu atau Ahad, setiap minggu, setiap bulan, setiap tahun. Jika tiada peserta mendaftar, kira kelas tidak buka. Jika ada yang mendaftar, kelas dibuka. Seorang pun boleh.



Semua golongan boleh mendaftar, golongan muda, tua, peniaga, peguam mahupun pelajar.



Untuk menyertai, peserta boleh menghubungi atau sms 014-6278729 untuk mendaftar. Peserta digalakkan mendaftar awal sehari sebelum tarikh kursus. Peserta perlu bank in deposit sebanyak RM100 ke akaun maybank CREATIVE GIFT ENT 564221620654 dan baki RM150 semasa hari kursus.







Selepas bank in Peserta perlu beri nama penuh dan kad pengenalan untuk urusan sijil penyertaan.







Alamat kami Blok 5 tingkat 3A, Jalan Gombak Jaya 2, 53100 Kuala Lumpur.











Soalan-soalan lazim yang menjadi penghalang anda untuk menyertai :-







1. Saya tidak tahu menjahit langsung..



jawapan : orang pandai jahit dulu pun tidak pandai menjahit



maknanya kena belajar. dulu masa kecik-kecik pun tidak tahu membaca sekarang dah pandai buka Internet.







2. Boleh pandai ke belajar sehari.



jawapan : Kalau nak belajar setiap hari berapa la yuran nak letak.. lepas belajar kena la praktik. sesuatu kemahiran perlu dipraktik supaya kita tidak lupa. Selalu solat subuh hafal la doa Qunut. Tak solat jadi lupa la. Berita baik, jahit t-shirt lagi senang dari jahit baju kurung, yang tak pandai jahit boleh jadi biasa jahit.







3. Lelaki ada ke turut serta? Lelaki boleh ke?



jawapan : soalan ini paling kelakar, lelaki sekarang pun dah pandai masak. Chef Wan, Chef Ismail semua lelaki bukan perempuan.







4. Jauh la, kat tempat saya tak ada ke? Sabah ke



jawapan: kalau saya ada modal duit, keupayaan tenaga saya akan buka semua negeri. Di mana ada minat di situ ada jalan, dimana penghalang disitu ada alasan.

































"Kepada semua peserta yang sudah diikuti kursus ini semoga berjaya



dan jangan lupa pada kami. Sekian jumpa lagi. "















































Isnin, 24 Oktober 2011

Kelas menjahit t-shirt Batch 23 Oktober 2011

Batch pada 23 Oktober 2011 peserta dari Pulau Pinang suami isteri, Kajang selangor peserta ibu dan anak.
Modul pertama, belajar mengenal kain-kain t-shirt, jenis-jenis mesin jahit, peralatan nak memotong kain.

Selepas semua dah belajar teori-teori modul pertama, kita belajar buat pola t-shirt pulak. Sebelum nak jahit kena tahu buat pola dulu.


Peserta-peserta tak henti-henti bertanya pelbagai soalan, biasalah, tak bertanya sesat jalan.


Peserta yang menyertai pasti dapat bawak balik pola pelbagai saiz t-shirt, boleh cuba kat rumah.


Maaf  la kualiti gambar bergegar, depa ni bersungguh nak belajar sampai tidak boleh duduk diam.

Tenaga Pengajar menunjukkan kaedah yang betul semasa pemotongan pola



Selepas selesai membuat pola, aktiviti seterusnya potong kain.


Selepas pemotongan kain dan waktu rehat selama satu jam, peserta akan didedahkan dengan jahitan hemming atau jahitan interlock lengan t-shirt. Semua kena perhati betul-betul selepas ini sorang-sorang kena cuba. Baru praktikal.


 Peserta ibu dan anak mencuba menjahit t-shirt. Untuk pengetahuan, peserta ini tidak tahu langsung manjahit dan dia mencuba menjahit. Yang penting semangat ada.


Peserta dari Pulau Pinang, jauh datangnya semata-mata berminat nak belajar menjahit t-shirt. Peserta ini juga tidak ada asas menjahit tapi boleh menjahit. Mula-mula kurang ok, tapi cuba dua tiga kali memang boleh tahan. 

Peserta Pulau Pinang mencuba jahitan hemming, jangan lupa lengan baju di bahu tu.


Selepas siap jahitan hemming, peserta akan belajar jahit tepi t-shirt.


Siap jahit t-shirt peserta akan belajar memasang kolar t-shirt.

Tamat belajar menjahit peserta akan diberikan sijil.








Peserta dari kajang bangga dengan hasil jahitan sendiri, yela tak pernah tahu menjahit.
 Masa penyerahan sijil pun siap pakai hasil jahitan sendiri. Syabas!

Semua peserta mengambil gambar kenangan sebelum balik. Satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Batch 23 Oktober 2011 selamat maju jaya dan keep in touch jangan lupakan kami bila dah berjaya.

Untuk hari Ahad atau Sabtu seterusnya boleh daftar sekarang.
Untuk pendaftaran sila hubungi/sms :-
014-6278729