Kelas menjahit T-shirt Batch 13 November 2011 pasangan suami isteri berasal dari Bintulu Sarawak dan kini menetap di Kajang Selangor. Isteri bekerja sebagai Guru dan Suami bekerja sebagai Operator.
Mula-mula peringkat pertama belajar teori dulu. Belajar jenis-jenis kain T-shirt. Peralatan untuk menjahit t-shirt, mesin-mesin yang diperlukan untuk menjahit t-shirt.
Selesai belajar teori, mereka didedahkan membuat pola saiz t-shirt. Pola penting untuk pemotongan t-shirt.
Haji Jasni kata pertama kali membuat pola t-shirt. Memang menakjubkan.
Selesai sahaja tugasan satu, tugasan kedua mereka dikehendaki buat pola badan sendiri. Jadi kena ukur la dulu.
Tugasan kedua, buat baju kolar butang untuk suami. Ukur luas dada, labuh baju, luas tangan, ketiak dan lain-lain.
Dah siap buat tugasan dan pola semua saiz/ (saiz XS sampai 3XL),aktiviti menanda pola pada kain pula.
Kerjasama dan pakatan suami isteri lebih baik dari orang lain.
Selesai memotong dan waktu rehat. Kita belajar jahitan hemming (padlock) hujung lengan t-shirt. Semua perhati dulu, pasni cuba ya.
Senang je jahit hemming ni Tuan Haji Jasni, tak perlu garu kepala. Heh heh bergurau ya, jangan mare.
Garu kepala tak garu kepala, Tuan Haji Jasni mencuba juga jahit hemming ni. Semangat macam ni lah nak.
Opp, opp jangan salah jahit tu.
Guru Sekolah Pendidikan Khas mencuba pulak. Bagus-bagus.
Selesai jahitan hemming, kita belajar buka kolar plaket pula. Perhatikan betul-betul.
Mana yang ada handphone boleh buat video boleh rakam. Senang kalau lupa step-stepnya. Tak pe, kalau lupa atau kurang jelas boleh je hubungi kami lagi. No charge.
Okey kali ini peserta pula cuba buat.
Okey kali ini kita belajar jahit poket pula.
Si isteri dah jahit plaket, test kat badan suami. ok ke tak ok.
Si suami tersenyum girang maknanya ok lah tuhh. Tapi lengan baju tak cantum lagi ya.
Jahit tepi grip ke lengan. Pakai mesin jahit tepi 4 benang.
Cantum lengan pada ketiak.
Kali ini si suami mencuba menjahit tepi t-shirt.
Selesai jahit tepi, kita sudahi jahit bawah baju dengan jahitan hemming
Selesai semua belajar jahit, Sijil penyertaan disediakan.Hajah Suzana, Guru pendidikan Khas dari SMK Segambut.
Tuan Haji Jasni selama ini tidak pernah tahu menjahit kali ini dapat merasa menjahit. Alhamdullialh.
Selamat Maju Jaya dari Perfect Knitted Garment untuk peserta Batch 13 November 2011.
Peserta asal dari Bintulu Sarawak. Pertama kali saya mengajar orang dari Sarawak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan