Ahad, 25 Disember 2011

Belajar jahit t-shirt batch 25 Disember 2011

Belajar Jahit T-shirt kali ini peserta dari Skudai Johor Encik Rosli berkerja di Jabatan Kaji Cuaca hadir untuk belajar jahit t-shirt.

 Encik Rosli sedang belajar membuat pattern saiz





Belajar cara cara memotong kain t-shirt






Belajar menggunakan mesin Interlock




Belajar menggunakan mesin jahit tepi (overlock machine)
Baik-baik gunakan, jangan tersalah jahit




Mana yang ada tak betul tenaga pengajar kami akan memperbetulkan.


Selesai tamat kursus, Sijil Penyertaan diberikan. Tahniah Encik rosli!

Sabtu, 24 Disember 2011

Belajar Jahit T-shirt Batch 18 Disember 2011

Kelas belajar menjahit t-shirt batch 18 Disember 2011, Encik Nazri berasal dari Terengganu dan kini menetap di Greenwood, Gombak. Dia berminat belajar menjahit t-shirt sebab nak tahu bagaimana proses menjahit t-shirt di lakukan.

Encik Nazri belajar menggunakan mesin Interlock


Encik Nazri kata dia cukup suka jahitan hemming ini. Alhamdulilah kalau gitu.




 Mendengar penerangan menggunakan mesin jahit tepi 4 benang


Dah dengar, baru kita testing pula.


Belajar buat kolar plaket








Belajar punya belajar, Encik Nazri pun mencuba hasil jahitannya. Tahniah, cantik juga.

Selesai belajar menjahit dan potong, Encik Nazri mendapat sijil penyertaan. Tahniah !

Untuk kelas belajar menjahit t-shirt seterusnya sila hubungi/sms : 014-6278729.
selamat hari krismas dan selamat tahun baru!

Khamis, 15 Disember 2011

Belajar Jahit T-shirt Batch 10 Disember 2011

Peserta kali ini merupakan guru sekolah menengah, Cikgu Zulpaimin. Datang dari Sungai Petani Kedah untuk belajar cara-cara potong dan jahit t-shirt. Tahniah cikgu.

Cikgu Zulpaimin belajar membuat pola/pattern saiz t-shirt. 


Dah siap belajar buat pattern saiz (semua saiz xs sampai 4XL) peserta didedahkan cara menanda pola dan cara potong kain.


Selepas selesai belajar potong kain, peserta akan rehat selama satu jam. (solat Zohor, makan dan lain-lain) kemudian kita akan sambung belajar jahit menggunakan  mesin Interlock.
Selepas blejar jahit hemming, kita akan belajar buka plaket. Sesiapa handphone ada video, boleh la rakam sebab nak buka plaket ini perlukan skill. Kalau tak selalu buat, di khuatiri lupa.

Siap rakam, apa lagi. Kita kena la praktis pula. Kemahiran memang kena cuba, tak cuba tak belajar.

Belajar jahit tepi T-shirt


Belajar menjahit collar tape baju polo.


Selesai belajar menjahit, peserta diberikan Sijil Penyertaan. Tahniah peserta dari Sungai Petani Kedah.




Kelas belajar menjahit t-shirt dibuka pada 18/12/11 dan 19/12/11
 untuk mendaftar sila sms/call 014-6278729
Sertai sekarang!


Belajar Jahit T-shirt Batch September 2021

 Belajar jahit T-shirt peserta dari Semenyih Selangor Tahun 2021. (sila mengikut SOP yang ditetapkan) Terima kasih peserta dari Semenyih. Pe...