Khamis, 15 Disember 2011

Belajar Jahit T-shirt Batch 10 Disember 2011

Peserta kali ini merupakan guru sekolah menengah, Cikgu Zulpaimin. Datang dari Sungai Petani Kedah untuk belajar cara-cara potong dan jahit t-shirt. Tahniah cikgu.

Cikgu Zulpaimin belajar membuat pola/pattern saiz t-shirt. 


Dah siap belajar buat pattern saiz (semua saiz xs sampai 4XL) peserta didedahkan cara menanda pola dan cara potong kain.


Selepas selesai belajar potong kain, peserta akan rehat selama satu jam. (solat Zohor, makan dan lain-lain) kemudian kita akan sambung belajar jahit menggunakan  mesin Interlock.
Selepas blejar jahit hemming, kita akan belajar buka plaket. Sesiapa handphone ada video, boleh la rakam sebab nak buka plaket ini perlukan skill. Kalau tak selalu buat, di khuatiri lupa.

Siap rakam, apa lagi. Kita kena la praktis pula. Kemahiran memang kena cuba, tak cuba tak belajar.

Belajar jahit tepi T-shirt


Belajar menjahit collar tape baju polo.


Selesai belajar menjahit, peserta diberikan Sijil Penyertaan. Tahniah peserta dari Sungai Petani Kedah.




Kelas belajar menjahit t-shirt dibuka pada 18/12/11 dan 19/12/11
 untuk mendaftar sila sms/call 014-6278729
Sertai sekarang!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Belajar Jahit T-shirt Batch September 2021

 Belajar jahit T-shirt peserta dari Semenyih Selangor Tahun 2021. (sila mengikut SOP yang ditetapkan) Terima kasih peserta dari Semenyih. Pe...