Ahad, 25 Disember 2011

Belajar jahit t-shirt batch 25 Disember 2011

Belajar Jahit T-shirt kali ini peserta dari Skudai Johor Encik Rosli berkerja di Jabatan Kaji Cuaca hadir untuk belajar jahit t-shirt.

 Encik Rosli sedang belajar membuat pattern saiz





Belajar cara cara memotong kain t-shirt






Belajar menggunakan mesin Interlock




Belajar menggunakan mesin jahit tepi (overlock machine)
Baik-baik gunakan, jangan tersalah jahit




Mana yang ada tak betul tenaga pengajar kami akan memperbetulkan.


Selesai tamat kursus, Sijil Penyertaan diberikan. Tahniah Encik rosli!

Sabtu, 24 Disember 2011

Belajar Jahit T-shirt Batch 18 Disember 2011

Kelas belajar menjahit t-shirt batch 18 Disember 2011, Encik Nazri berasal dari Terengganu dan kini menetap di Greenwood, Gombak. Dia berminat belajar menjahit t-shirt sebab nak tahu bagaimana proses menjahit t-shirt di lakukan.

Encik Nazri belajar menggunakan mesin Interlock


Encik Nazri kata dia cukup suka jahitan hemming ini. Alhamdulilah kalau gitu.




 Mendengar penerangan menggunakan mesin jahit tepi 4 benang


Dah dengar, baru kita testing pula.


Belajar buat kolar plaket








Belajar punya belajar, Encik Nazri pun mencuba hasil jahitannya. Tahniah, cantik juga.

Selesai belajar menjahit dan potong, Encik Nazri mendapat sijil penyertaan. Tahniah !

Untuk kelas belajar menjahit t-shirt seterusnya sila hubungi/sms : 014-6278729.
selamat hari krismas dan selamat tahun baru!

Khamis, 15 Disember 2011

Belajar Jahit T-shirt Batch 10 Disember 2011

Peserta kali ini merupakan guru sekolah menengah, Cikgu Zulpaimin. Datang dari Sungai Petani Kedah untuk belajar cara-cara potong dan jahit t-shirt. Tahniah cikgu.

Cikgu Zulpaimin belajar membuat pola/pattern saiz t-shirt. 


Dah siap belajar buat pattern saiz (semua saiz xs sampai 4XL) peserta didedahkan cara menanda pola dan cara potong kain.


Selepas selesai belajar potong kain, peserta akan rehat selama satu jam. (solat Zohor, makan dan lain-lain) kemudian kita akan sambung belajar jahit menggunakan  mesin Interlock.
Selepas blejar jahit hemming, kita akan belajar buka plaket. Sesiapa handphone ada video, boleh la rakam sebab nak buka plaket ini perlukan skill. Kalau tak selalu buat, di khuatiri lupa.

Siap rakam, apa lagi. Kita kena la praktis pula. Kemahiran memang kena cuba, tak cuba tak belajar.

Belajar jahit tepi T-shirt


Belajar menjahit collar tape baju polo.


Selesai belajar menjahit, peserta diberikan Sijil Penyertaan. Tahniah peserta dari Sungai Petani Kedah.




Kelas belajar menjahit t-shirt dibuka pada 18/12/11 dan 19/12/11
 untuk mendaftar sila sms/call 014-6278729
Sertai sekarang!


Ahad, 13 November 2011

Kelas menjahit t-shirt Batch 13 November 2011

Kelas menjahit T-shirt Batch 13 November 2011 pasangan suami isteri berasal dari Bintulu Sarawak dan kini menetap di Kajang Selangor. Isteri bekerja sebagai Guru dan Suami bekerja sebagai Operator.


Mula-mula peringkat pertama belajar teori dulu. Belajar jenis-jenis kain T-shirt. Peralatan untuk menjahit t-shirt, mesin-mesin yang diperlukan untuk menjahit t-shirt.


Selesai belajar teori, mereka didedahkan  membuat pola saiz t-shirt. Pola penting untuk pemotongan t-shirt.


Haji Jasni kata pertama kali membuat pola t-shirt. Memang menakjubkan.


Siap membuat pola, mereka diberikan satu tugasan, iaitu membuat pola saiz 3XL. (saiz orang gemuk) mereka dikehendaki membuat sendiri. Bila dah pandai selepas ni semua saiz 4XL, 6XL boleh buat sendiri.


Selesai sahaja tugasan satu, tugasan kedua mereka dikehendaki buat pola badan sendiri. Jadi kena ukur la dulu.


Tugasan kedua, buat baju kolar butang untuk suami. Ukur luas dada, labuh baju, luas tangan, ketiak dan lain-lain.

Dah siap buat tugasan dan pola semua saiz/ (saiz XS sampai 3XL),aktiviti menanda pola pada kain pula. 


Kerjasama dan pakatan suami isteri lebih baik dari orang lain. 








Selesai memotong dan waktu rehat. Kita belajar jahitan hemming (padlock) hujung lengan t-shirt. Semua perhati dulu, pasni cuba ya.

Senang je jahit hemming ni Tuan Haji Jasni, tak perlu garu kepala. Heh heh bergurau ya, jangan mare.


Garu kepala tak garu kepala, Tuan Haji Jasni mencuba juga jahit hemming ni. Semangat macam ni lah nak.


Opp, opp jangan salah jahit tu.

Guru Sekolah Pendidikan Khas mencuba pulak. Bagus-bagus.


Selesai jahitan hemming, kita belajar buka kolar plaket pula. Perhatikan betul-betul.


Mana yang ada handphone boleh buat video boleh rakam. Senang kalau lupa step-stepnya. Tak pe, kalau lupa atau kurang jelas boleh je hubungi kami lagi. No charge.

Okey kali ini peserta pula cuba buat.


Okey kali ini kita belajar jahit poket pula.


Si isteri dah jahit plaket, test kat badan suami. ok ke tak ok.


Si suami tersenyum girang maknanya ok lah tuhh. Tapi lengan baju tak cantum lagi ya.


Jahit tepi grip ke lengan. Pakai mesin jahit tepi 4 benang.

Cantum lengan pada ketiak.


Kali ini si suami mencuba menjahit tepi t-shirt.



Selesai jahit tepi, kita sudahi jahit bawah baju dengan jahitan hemming




Selesai semua belajar jahit, Sijil penyertaan disediakan.Hajah Suzana, Guru pendidikan Khas dari SMK Segambut.


Tuan Haji Jasni selama ini tidak pernah tahu menjahit kali ini dapat merasa menjahit. Alhamdullialh.


Selamat Maju Jaya dari Perfect Knitted Garment untuk peserta Batch 13 November 2011.
Peserta asal dari Bintulu Sarawak. Pertama kali saya mengajar orang dari Sarawak.

Belajar Jahit T-shirt Batch September 2021

 Belajar jahit T-shirt peserta dari Semenyih Selangor Tahun 2021. (sila mengikut SOP yang ditetapkan) Terima kasih peserta dari Semenyih. Pe...